- Pemilik
Pada awal tahun 2012 saudara Ahmad Fizal Dato Azrat Gull mendapat tawaran untuk memiliki tanah seluas hampir satu ekar di mana terdapat sebuah rumah papan asli dalam keadaan uzur di dalam kawasan tanah tersebut.
Ahmad Fizal serta ayahnya, Dato Azrat Gull memutuskan untuk tidak merobohkan bahkan sebaliknya memelihara dan membina semula rumah tersebut mengikut bentuk asal.
Beberapa perubahan serta penambahbaikan telah dilakukan terutama di bahagian dapur. Ianya telah menjadikan rumah lebih segar dan selesa untuk keselesaan pengguna.
Sebagai mengeratkan semangat kejiranan, Nailis Sentul mengajak untuk mewujudkan suasana akrab dengan bersama-sama menjadikan rumah ini sebagai rumah tamu dan dinamakan rumah ini dengan mengambil nama arwah ibu Ahmad Fizal, Datin Halijah Binti Hj Aziz.
Dengan kemunculan rumah tamu ini terdapat pelbagi kemudahan disediakan terutama surau yang boleh menampung seramai 30 orang dalam satu masa.
Terdapat juga laman yang disediakan sederhana luas bagi menerima tetamu seramai 700 orang dalam satu masa. Terdapat kemudahan tandas serta kedai-kedai yang berhampiran.
Untuk menjadikan Rumah Tamu Datin Halijah sentiasa segar dan dikunjungi orang ramai secara rasminya RTDH Resources (RTDH) menjadi pengurus bagi semua urusan yang terdapat di rumah ini.
Dibina lebih 100 tahun yang lampau, rumah ini setelah dibaikpulih pada awal 2012 masih lagi mengekalkan struktur binaan terutama senibina rumah Melayu.
Struktur tiang-tiang daripada kayu cengal dan dinding-dinding yang asal menggunakan papan kayu meranti yang keras.
Selain itu bumbung rumah ini menggunakan atap zing serta mempunyai siling senibina asal.
Dahulu rumah ini mempunyai tandas di luar rumah tetapi sekarang dibina berada di dalam rumah, terdapat dua bilik tandas serta mempunyai dua bilik tidur dan yang teristimewanya ruang dapur yang luas mengikut rupabentuk atau pelan asal.
Dibina di atas Lot tanah 832 di Mukim Setapak, ia dahulunya adalah sebuah dusun yang dipenuhi pokok-pokok durian, manggis, pulasan, rambutan, jambu batu, jambu air, bacang, tebu dan sebagainya.
Dahulunya, rumah ini juga pernah dijadikan 'rumah berlindung' kepada penduduk-penduduk berdekatan semasa berlakunya kecemasan terutama serangan komunis.